Berhabuk dah blog ni. Anak dah umur 2 bulan baru nak update pasal dah beranak. Hahaha.
Alhamdulillah dah selamat melahirkan seorang baby boy yang comel, secara normal, seberat 3.6kg. Disebabkan aku GBS carrier, baby telah dipantau selama satu malam di SCN (Special Care Nursery).
Cerita pasal bersalin, hmm. Contraction bermula seawal hari Jumaat 26Jun. Tapi selang 7-8 minit, maka doc suruh balik rumah dulu dan bukaan baru 1cm. Hari Sabtu 27Jun, lendir bercampur darah dah keluar. Pergi hospital dan bukaan baru 2cm. Doc suruh balik jugak sebab katanya, anak sulung ni lambat bukaan tu jd 10cm dan rumah pun dekat dengan hospital.
Masa ni suami dah sampai dah dari Labuan. Ayah suruh jugak balik Johor sebab tanda-tanda nak bersalin tu dah ada. Bermula lah episod contraction yg tidak menyenangkan dari malam Sabtu tu. Suami nyenyak tidur, aku kat sebelah ni duk menahan sakit contraction. Aku memang monitor dia datang setiap berapa minit. Makin lama rasa makin kuat dan makin sekejap. Subuh lepas sahur tu, nenek aku tengok muka aku dah semacam menahan sakit. Aku sempat mandi k sebelum gi hospital! Hahaha!
Bila dah sampai hospital, doc check bukaan dah 3cm. Terus kena admit masuk wad. Aku redha je sebab aku memang tak sabar-sabar nak beranak ni.
Kat wad suami tak boleh teman pulak sebab bukan waktu melawat. Damn. Terkulat-kulat aku menahan sakit nangis sesorang. Doc round, check bukaan baru 3.5 cm, dia tanya nak pain killer ke. Aku cakap boleh jugak. Tapi by the time nurse nak bagi pain killer tu, aku tukar fikiran and cakap taknak. Haha worst decision ever sbb cakap taknak.
Lunch break, waktu melawat. Ayah ibu n suami datang melawat. Ibu sapukan air akar fatimah, katanya aku akan bersalin tak lama lagi sebab akar tu terus mengembang bila masuk dalam air. And aku jugak disuruh minum air zamzam. Padahal nurse dah sound awal-awal jangan minum air selusuh. LOL. Masa ni contraction jangan cakap lah, dia datang je aku menangis menitis2 air mata. Bila contraction hilang, aku happy balik macam takde apa berlaku hahaha. Pukul 3lebih camtu, doc datang and check lagi sekali bukaan sebab muka aku dah sakit bebenor menahan. Tup2 dah 4cm, terus masuk labor room. Masa ni menangis jangan cakap lah, melolong secara perlahan tiap2 kali contraction datang. Suami ikut sekali, dia dah asyik selawat je sebelah telinga aku masa tu. tapi dia tak boleh masuk labor room lagi since aku belum tahap nak meneran.
Sampai kat labor room, doc and nurses cucuk branula and bermacam2 wayar. Lepas tu aku macam rasa nak terkencing. Menyesal gila cakap ngan doc nak terkencing sebab aku bukan boleh pergi toilet pun. Dia cucuk tube kat lubang kencing n suruh aku kencing kat situ. Damn SAKIT KOT CUCUK TUBE KAT LUBANG KENCING TU!! Sampai da lepas beranak masih terasa ngilu nak kencing.
Masa kat labor room ni jugaklah aku mintak pain killer. Mujur bukaan baru 5cm masa tu and mendapatlah aku pain killer dicucuk kat bontot. Actually pain killer ni buat rasa ngantuk jer, masa contraction datang still sakit jugak. Tak lah kill the pain sangat punnnn. Aku syak bila bukaan dah 7-8cm, bila contraction datang je aku akan terteran sekali. And tiap kali aku terteran tu aku akan mintak maaf kat doc sebab teran awal sebelum disuruh. Tapi bila doc nampak aku asyik meneran jer and aku pun desak doc utk check bukaan sbb aku dah tak tahan sgt nak push, bila aku mengangkang tu dah nampak rupanya kepala baby. Terus in position, suami masuk, pegang buku lalu, and aku pun meneran. Ceh masa ni aku praktikkan la apa yg aku tengok kat tv. Meneran lama2, cuti nafas, dagu kat dada. Memula tak jadi sangat, lama juga. Lama2 dah ok. Aku tak rasa pun kepala baby dah keluar saaampailah doc cakap push kuat lagi sikit sebab nak keluarkan bahu. Masa ni barulah rasa ada benda nak keluar dari vagina. Ada jugak rasanya terangkat bontot sikit bila lepaskan nafas lepas meneran, mujur tak koyak sampai lubang bontot, cuma menghampiri jer. Seksa nok nak berak! Akhirnya lepas beberapa kali push, anak aku pun keluar. Menangis aku saat anak diletakkan kat dada. Mula-mula dia pelik je pandang aku. Lepas tu baru dia nangis.
Aku ingat seksa dah habis lepas dah selesai beranak. Rupanya ada lagi, KENA JAHIT! Sakit woahhhh serius sakit. Kat daging bahagian dalam tu tak sakit sangat, tp bila dah sampai nak jahit bahagian kulit luar, masyaAllah terangkat-angkat bontot aku.
Lepas dah dijahit, aku dibiatkan entah berapa lama terlelap kat labor room. Dah nak maghrib tu barulah dia transfer pergi wad biasa. Aku lembik masa tu. tidorrr jek. Tetengah malam tu bangun nak kencing, tapi bila aku angkat kepala aku je, aku rasa nak pitam. Gelap pandangan aku, tak tahu kenapa. And semalaman tu jugaklah aku tak jumpa anak aku. Nak susukan pun tak dapat. Esok paginya aku dah boleh discharge, dan anak pun boleh discharge sekali alhamdulillah.
By the way aku beranak free sebab guna GL suami. Untunglah kerja kerajaan~ hihihi.