(Apps: Baby Bump)
Hari ni sebenarnya aku dah genap 36 minggu. Atau secara bulannya, 9 bulan lah kan.
Ada lagi 28 hari untuk jadi genap 40 minggu. Tapi aku harap, aku dapat bersalin pada minggu 37 atau minggu ke-38. Sebabnya, kesian kat suami nanti kena beli tiket flight lagi untuk balik kampung. Alang-alang cuti sekolah ni dia balik kampung, why not bersalin pada waktu tu kan? Hari-hari aku cakap kat baby, "baby boleh keluar bila-bila masa je masa abah dah balik nanti, ok?" Hihihi.
Tapi, aku hanya merancang, dan Allah juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik.
So, pengalaman third trimester ek?
Start minggu ke-32, aku dah rasa sengkak perut kalau makan banyak macam biasa. Bila sendawa tu mesti macam ada nak terkeluar sikit muntah. Euww hahaha. So mula dari minggu ni, aku dah mula makan sikit, tapi kerap. Maknanya, bekalan makanan untuk aku kunyah-mengunyah tak pernah putus di dapor. roti lah, buah-buahan lah, nestum lah. Macam-macam.
Dan start minggu ni jugak, aku mula tak senang tidur. Sakit gila pinggang, sakit gila belakang. Dan SAKIT GILA tulang kelengkang/pelvic bone/tah hape bende namanya tapi kat situ lah, terutamanya bila nak ubah posisi tidur dari mengiring ke telentang. Dah terlentang, tak cukup napas pulak. Bila mengiring semula, baby tendang laju-laju macam tak selesa. Aku pun confuse sebenarnya nak baring camane. Katanya, yang sakit-sakit masa nak ubah posisi tidur tu adalah sebab baby dah mula cari position kat bawah nun. Dan tulang pelvis tu pun mengembang, sebab tu rasa sakit. hewhew.
Tapi yang aku pelik sikit, 2 3 hari kebelang ni, macam dah kurang rasa sakit kat kelengkang tu. Dia macam datang dan pergi. Ada masa sakit, ada masa tak sakit. Aih, entahlah. Jangan kepala baby naik balik dah ler. Aku kan nak anak ni keluor awal. hihihi. (Awal awal pun make sure dah cukup bulan kayh).
Dan start third trimester ni jugaklah HB aku start menurun. Sobs :( Start dari 10.8, pastu check lagi jadi 9.0. Aku dah sedih bercampur cuak beb, Nurse tu kata bimbang komplikasi masa bersalin jek. Boleh jadi tumpah darah kalau HB rendah ni huhuhu.
Dan, baru aku tahu yang takleh minum milo! or anything bercoklat! sebab dalam coklat tu pun ada kafein! huaaaaaa aku hari-hari minum milo kot campur dalam susu aku. Sedih gila.
So, nurse suruh aku makan ubat ferrous yang kaler coklat tu, 2 biji pagi, 2 biji malam. Hah kau, hasilnya, taik hitam gila HAHAHA. Mujur aku rajin minum air masak and makan buah-buahan. So proses pembuangan alhamdulillah berjalan lancar setakat ini.
Bermula daripada tu (minggu ke-35, HB aku 10.5), aku berazam untuk try 2 weeks without caffeine, sampailah checkup masa minggu ke-37 nanti. Aku nak tengok hasilnya camne. Kalau ok, boleh lah aku melantak makan coklat sikit. Sekadar nak hilangkan kempunan jek. Gila kau, coklat tu macam salah satu anugerah Tuhan yang tersedap di dunia kot. Mana boleh aku membazir nikmatnya begitu sahaja. Hiks.
so, kita tunggu update minggu ke 37 nanti k? Ala next week je ponnnnn.
Till then.