Friday, 8 May 2015

Pengalaman Mengandung : First + Second Trimester

Assalamualaikum.

Pengalaman mengandung? Sebelum bercerita panjang lebar (kalau rajin menaip), aku nak bagitahu yang setiap ibu mengandung, pengalamannya lain-lain. Even ibu yang ngandungkan anak kedua tak sama pengalaman macam ngandungkan anak pertama.
So, here we go.

Trimester Pertama

Masa aku confirm positif, aku dah 5 minggu. Dan buat buku masa kandungan 6 minggu. Dan perjalanan yang memabukkan bermula selepas tu.

Minggu 7,8,9 sampailah 12, setiap pagi subuh bila gosok gigi confirm akan muntah. Walaupun muntah air/angin jek. Dan aku tak boleh kena sejuk masa tu. minum ais memang dah tak boleh langsung. Masuk kereta pasang aircond pun aku dah mula sesak nafas, dan lepas tu akan batuk tak berhenti. Walaupun aku makan ubat batuk, ia tak membantu langsung! Huhu. Sedih disitu. Bila rujuk kt doctor, dia siap suruh buat batuk diary, kira macam setiap kali batuk aku kena rekodkan masa dan apa penyebabnya. Ala2 athma diary la. Sebab dia kata ada je possibility ini athma yg dapat masa ngandung jek.

Makan pun takde selera sangat. Ikutkan selera je nak makan apa. Selalu yg berselera bubur je lah. Bubur mcd, marrybrown, or masak sendiri.
Yang peliknya, bila aku masak aku tak kisah sangat bau tumis tu. Tapi bila lalu kat kedai makan, bau-bauan makanan tu ya hampunnn memang aku akan tutup hidung. Busuk oi. Campur pening sekali.

Perut? Masa ni perut leper je. Tak nampak pape pun. Masih boleh sarung seluar jeans faveret kayh.

Ini masa scan 12minggu. Punya excited sampai terkejut2 tengok baby nendang. Yang paling excited ofkoslah suami. Aku macam nak nangis terharu je masa tu. yelah, perut kempis je tapi ada nyawa Allah dah tiupkan dalam tu. huhu.

So mabuk2 ni berlarutan saaaaampailah aku masuk minggu ke-16. Masa ni dah trimester kedua.

Trimester Kedua

Masuk minggu ke-16 je alhamdulillah dah menghilang perjalanan yg memabukkan ittew. Aku dah boleh makan apa-apa saja sesuka hati aku jyeahhh!! But still, asal lambat makan je kompem rasa mual tu datang. Mencik! 

Minggu ke-18: aku dah mula rasa macam angin-angin dalam perut. Memula aku ingatkan rasa angin tu sebab sakit perut nak berak or kentut gitu jek. Bila aku google sana sini, oooo rupanya gitulah awal2 rasa pergerakan baby. Hikhik. Sukewww!

Minggu ke-21: pergerakan baby semakin jelas terasa. Dam macam alien inside pun ada. LOL. Perasaan gembira tu tak dapat digambarkan dengan kata2. Masa ni perut tak nampak sangat. Nampak macam membuncit sebab kenyang jek. Hahaha.

Minggu ke-24: masa ni aku jenjalan kat Kuching dengan keluarga mertua. Nak dijadikan cerita, aku terjatuh dalam bilik air. Nasib baik jatuh tu dalam keadaan slow motion gak ah, so aku sempat tahan dengan tangan sebelum bontot menghempas lantai. Ya ampun masa ni punya cuak, tak terkata! Suami masa tu lepak bilik mertua jap. So aku rilek je bajet gagah tak nangis pun. Sekali suami masuk bilik je, terus berderai air mata aku hahahahah. Sambil dia urut2kan kaki, sambil tu la aku menangis. Huhu. Mujur tak jadi pape pendarahan ke apa masa tu. syukur ya Allah. 

Minggu ke-27&28: semuanya berjalan lancar je. Aku makan dengan gembira sampai naik berkilo2. Paling hebat berat naik masa balik kampung kandungan masa tu 5 bulan. Hambik ko makan tak hengat, 6kg naik dalam seminggu. Mujur nurse tak bising. Hikhik.

Sampai sini dulu lah. 

Till then.




No comments:

Post a Comment