Tuesday, 19 April 2016

Bila Razeen Nursing Strike @ Mogok Susu T_T

Assalamualaikum. 

Haritu Khamis (14/4/2016) ambil Razeen balik dari taska macam biasa pukul 4:30. Biasanya bila dah sampai rumah, Razeen akan main2 kejap pastu nak susu. Aku pelik sebab masa menyusu kejap2 hisap, kejap lepas. Aku pikir mungkin sebab hidung selsema la kot, xselesa. So dia pergi sambung main semula.

Beberapa minit lepastu, dia macam ngantuk and nak ngempeng la kan. Tapi dia taknak pun hisap, malahan gigit nipple mummy 3kali. 3kali dia gigit, 3kali tu jugak la mummy terjerit kuat sbb sakit. Start daripada tu, terus dia mengaruk taknak hisap tek, mogok sebab kena jerit agaknya. Dia ingat mummy jerit kat dia kottt :( 

Bila bermula episod nursing strikes ni, mummy yg serabut bukannya anak. Serabut dan stress sebab anak dah takmau nyusu dengan kita, nak guna botol. Padahal breast kita available je. Leceh kot nak panaskan susu malam2 dia terbangun 2-3 pagi. Rasa macam di-reject anak sendiri pun ada. Huhu. 



So, start balik kerja on Friday, mulalah aku buat skin to skin balik dengan Razeen, minta maaf banyak2 dengan dia sebab terjerit, pastu pujuk slow2. Waktu malam je berjaya dreamfeed dia. Kalau dia tengah segar memang tidakler nak direct feed. 

Finally, pada hari Ahad yg panas gila, dia nak jugak direct feed. Tapi kena make sure mood dia okay lah. Kalau dah start nangis2 memang tak dapatler. Start malam Ahad tu dia dah okay untuk ngempeng macam biasa. 

Tapi, akibat daripada Razeen menolak direct feed, susu aku yg merosot telah menjadi semakin merosot. Stok dalam fridge pulak memang tak pernah cukup untuk seminggu. Susu yang aku pam pun tak dapat nak tampung demand Razeen. Aku pam sehari dapat 10-12 oz. Demand Razeen 16oz kat taska.  So, nak taknak terpaksa topup jugak dengan susu formula. Sobs. Mummy minta maaf Razeen. Tapi mummy janji, walaupun mummy topup dgn susu formula, mummy tetap akan bagi Razeen ngempeng sampailah Razeen wean off sendiri. Jika diizinkan Allah, insyaAllah. Amiin. 

Riyadh Razeen 9months+

Assalamualaikum.

Berhabuk dah blog ni. Almaklumlah bizi dengan dunia, camtu lah. 

So, Razeen is now 9months ++, makan pun dah macam-macam. Bubur, all the sayur, buah. Razeen macam kurang minat betik dan pisang. Tapi dia suka mangga sejuk. Kalau bubur pulak, setakat ni semua dia bedal. Ada sekali tu aku ter-masukkan banyak brokoli dan lupa nak masukkan ikan bilis. Dia kemain tak suka bubur tu, sampai palingkan muka bila nak suap. Esoknya aku buat bubur yg sama cuma aku tambah ikan bilis nak bagi pahit brokoli tu hilang, baru Razeen okay nak makan. Nyam3! 

Food feeder 
Aku ada belikan jugak food feeder, tapi sekali dua tu je la pakai. Razeen lagi suka nak pegang makanan sendiri dengan comotnya -.-"


Food feeder tu baru sampai parcel, terus basuh and pakai masa tu jugak hahahaha mummy yg excited lebih! 

Olive oil
Setiap kali suap Razeen bubur, mesti akan letak Extra Virgin Olive Oil. Setakat ni yg aku beli brand Naturel tu okay jek. Murah pun murah hihi. So, khasiat letak olive oil ni, selain daripada mambangu melancarkan berak anak, dia juga membantu menambah berat badan bayi. Ha best kan. Bila hantar Razeen ke taska pun aku akan bekalkan Olive oil ni dalam bekas kecik. Alhamdulillah cikgu Razeen pun pandai je handle bubur n olive oil tu. 

Sekian.