Tuesday, 19 April 2016

Riyadh Razeen 9months+

Assalamualaikum.

Berhabuk dah blog ni. Almaklumlah bizi dengan dunia, camtu lah. 

So, Razeen is now 9months ++, makan pun dah macam-macam. Bubur, all the sayur, buah. Razeen macam kurang minat betik dan pisang. Tapi dia suka mangga sejuk. Kalau bubur pulak, setakat ni semua dia bedal. Ada sekali tu aku ter-masukkan banyak brokoli dan lupa nak masukkan ikan bilis. Dia kemain tak suka bubur tu, sampai palingkan muka bila nak suap. Esoknya aku buat bubur yg sama cuma aku tambah ikan bilis nak bagi pahit brokoli tu hilang, baru Razeen okay nak makan. Nyam3! 

Food feeder 
Aku ada belikan jugak food feeder, tapi sekali dua tu je la pakai. Razeen lagi suka nak pegang makanan sendiri dengan comotnya -.-"


Food feeder tu baru sampai parcel, terus basuh and pakai masa tu jugak hahahaha mummy yg excited lebih! 

Olive oil
Setiap kali suap Razeen bubur, mesti akan letak Extra Virgin Olive Oil. Setakat ni yg aku beli brand Naturel tu okay jek. Murah pun murah hihi. So, khasiat letak olive oil ni, selain daripada mambangu melancarkan berak anak, dia juga membantu menambah berat badan bayi. Ha best kan. Bila hantar Razeen ke taska pun aku akan bekalkan Olive oil ni dalam bekas kecik. Alhamdulillah cikgu Razeen pun pandai je handle bubur n olive oil tu. 

Sekian.


No comments:

Post a Comment