Assalamualaikum.
Setelah beberapa tahun blog ni tak update, aku kembali lagi untuk update tentang anak kedua pulak. Hahahaha.
Bermula dari Razeen umur 1 tahun 6 bulan, aku dah stop ambik inject depo (injek perancang keluarga) sebab nak ikhtiar untuk adik Razeen pulak.
Namun Allah belum kata jadi, maka tak jadi2 lah anak kedua sampailah umur Razeen 2tahun setengah. Bayangkan, setahun aku TTC (trying to conceive) tapi tak lekat2, kecewa gila aku setiap kali period datang. Sampai satu tahap aku cakap kat suami,
"awak tak kisah ke kalau anak kita sorang je sampai tua nanti?"
Dia jawab:
"dah kalau itu je rezeki yg Allah bagi kite, kite terima je sayang."
His answers really sooth my heart.
(aku akan cerita pasal ttc ni di entry yang lain)
Dan alhamdulillah, masa bulan May 2018, diizinkan oleh Allah, aku mengandung. Tak caya gila weh. Selepas semua usaha opk, bbt, segala, aku dapat double line UPT T_T terharu gile weh masa ni. Terus aku nangis masa tu jugak haha.
Alhamdulillah. Di usia Razeen 3tahun, baru lekat kandunganku.
Trimester 1
Mual macam biasa. Tapi lebih teruk drpd pengalaman ngandung Razeen dulu. Mual everytime. Muntah anytime. Dah la bulan puasa masetu. Sebulan beb aku tak puasa sebab dalam masa lepas sahur sampai kelas kul 730, 3kali aku muntah. Bayangkan kalau aku tak buka puasa, mau kena tahan wad sebab dehydrated huhuu.
Trimester 2
Alhamdulillah mual muntah beransur hilang selepas week 16. Tapi, dugaan kedua pula muncul. Punggung/tulang punggung aku sengal ke sakit aku taktau nak explain macam mana, SAKIT GILA sampai aku jalan terhincut, aku solat duduk, nak bangun dari duduk susah, nak solat turun sujud pun sakit, nak bangun dari sujud ke berdiri pun meleleh beb air mata.
Lepas check kt doc, doc cakap baby ambik banyak sgt kalsium dari mak. Sebab tu mak sakit2.
Aku cakap kt Doc, masa aku ngandung Razeen, hujung2 nak masuk 9bulan baru rasa2 sakit tulang punggung tu. Doc cakap, setiap anak pengalamannya berbeza. Jangan samakan.
So skrg aku consume shaklee ostematrix. Sehari dalam 2-3biji. Alhamdulillah sakit tu xdtg lagi. Kalau dia datang pun, mesti sebab aku culas tak makan.
Trimester 3
Alhamdulillah sekarang ni aku 38weeks dah pun.
Kalini, aku decide untuk melahirkan dan berpantang di Labuan saja. Mama pun dah sampai masa 25dec haritu. Now aku tunggu masa je.
Awak nak keluar bebila pun dah boleh adik baby oiiii. Hihihi xsabar pulak nak beranak.
Ok.
Till then.
No comments:
Post a Comment