Wednesday, 26 December 2018

Pengalaman Mengandung Anak Kedua

Assalamualaikum.

Setelah beberapa tahun blog ni tak update, aku kembali lagi untuk update tentang anak kedua pulak. Hahahaha.

Bermula dari Razeen umur 1 tahun 6 bulan, aku dah stop ambik inject depo (injek perancang keluarga) sebab nak ikhtiar untuk adik Razeen pulak.

Namun Allah belum kata jadi, maka tak jadi2 lah anak kedua sampailah umur Razeen 2tahun setengah. Bayangkan, setahun aku TTC (trying to conceive) tapi tak lekat2, kecewa gila aku setiap kali period datang. Sampai satu tahap aku cakap kat suami,

"awak tak kisah ke kalau anak kita sorang je sampai tua nanti?"

Dia jawab:
"dah kalau itu je rezeki yg Allah bagi kite, kite terima je sayang."

His answers really sooth my heart.
(aku akan cerita pasal ttc ni di entry yang lain)

Dan alhamdulillah, masa bulan May 2018, diizinkan oleh Allah, aku mengandung. Tak caya gila weh. Selepas semua usaha opk, bbt, segala, aku dapat double line UPT T_T terharu gile weh masa ni. Terus aku nangis masa tu jugak haha.

Alhamdulillah. Di usia Razeen 3tahun, baru lekat kandunganku.

Trimester 1
Mual macam biasa. Tapi lebih teruk drpd pengalaman ngandung Razeen dulu. Mual everytime. Muntah anytime. Dah la bulan puasa masetu. Sebulan beb aku tak puasa sebab dalam masa lepas sahur sampai kelas kul 730, 3kali aku muntah. Bayangkan kalau aku tak buka puasa, mau kena tahan wad sebab dehydrated huhuu.

Trimester 2
Alhamdulillah mual muntah beransur hilang selepas week 16. Tapi, dugaan kedua pula muncul. Punggung/tulang punggung aku sengal ke sakit aku taktau nak explain macam mana, SAKIT GILA sampai aku jalan terhincut, aku solat duduk, nak bangun dari duduk susah, nak solat turun sujud pun sakit, nak bangun dari sujud ke berdiri pun meleleh beb air mata.
Lepas check kt doc, doc cakap baby ambik banyak sgt kalsium dari mak. Sebab tu mak sakit2.
Aku cakap kt Doc, masa aku ngandung Razeen, hujung2 nak masuk 9bulan baru rasa2 sakit tulang punggung tu. Doc cakap, setiap anak pengalamannya berbeza. Jangan samakan.

So skrg aku consume shaklee ostematrix. Sehari dalam 2-3biji. Alhamdulillah sakit tu xdtg lagi. Kalau dia datang pun, mesti sebab aku culas tak makan.

Trimester 3
Alhamdulillah sekarang ni aku 38weeks dah pun.


Kalini, aku decide untuk melahirkan dan berpantang di Labuan saja. Mama pun dah sampai masa 25dec haritu. Now aku tunggu masa je.
Awak nak keluar bebila pun dah boleh adik baby oiiii. Hihihi xsabar pulak nak beranak.

Ok.

Till then.


Wednesday, 9 November 2016

Pengalaman Menggunakan Makeup Remover NoraFurla

Assalamualaikum and hai. 

Berbulan sudah tak update new post. Almaklumlah, ibu dan isteri yang bekerjaya dan bila balik rumah tak sempat nak scroll fon dah kena masak lah, basuh baju lah, sidai baju lah, gosok baju untuk kerja esok lah. Macam2. 

Tapi ada la satu malam tu scroll fesbuk sambil tidorkan anak, aku ternampak satu video iklan ni. Pasal tutorial makeup remover. Kebetulan memang aku tengah mencari makeup remover yg baru sebab aku tak suka remove makeup pakai facial wipes/kapas+oil, macam tak berkesan. Pastu aku pakai pulak yang nivea punya makeup remover yg macam facial wash tu. Best memang best sebab tak perlu pakai wipes gonyoh2 muka je tapi masalahnya tak bersih. Eyeliner aku tak tanggal habis, lagi2 part dekat2 bulu mata tu. So nak taknak kena bersihkan pakai wipes balik which aku tak suke. 

So bila stumble upon this NoraFurla makeup remover video and aku tengok macam senang je Kak Pora tu tanggalkan mekap dia. So aku decide untuk try la trial pack dia tu. RM 29 ja pun. Order kat instagram and few days after barang pun sampai. 


Ha ni la dia. Kecik je. Aku nak bawak pi kerja pun senang, masuk dalam pencil box makeup je. 

Apa yang dia cakap dalam video and apa yang aku rasa, sama. Maksudnya video dia tak nipu lah. Aku perati eyeliner aku kat yang part bulu mata tu memang tanggal habis. And takda sisa pun. Alhamdulillah tak silap membeli, menang memakai. Kuikui. Tonyoh2 kat muka, cuci then bersih. Masa tonyoh kat muka tu boleh bukak mata untuk tengok part mana lagi yang belum sental. Nak kata yang remover ni juga tak pedihkan mata. Haaa terbaik la.

By the way, ni bukan review berbayar. Ni aku just nak share je yang aku suka pakai benda ni. 

Tuesday, 19 April 2016

Bila Razeen Nursing Strike @ Mogok Susu T_T

Assalamualaikum. 

Haritu Khamis (14/4/2016) ambil Razeen balik dari taska macam biasa pukul 4:30. Biasanya bila dah sampai rumah, Razeen akan main2 kejap pastu nak susu. Aku pelik sebab masa menyusu kejap2 hisap, kejap lepas. Aku pikir mungkin sebab hidung selsema la kot, xselesa. So dia pergi sambung main semula.

Beberapa minit lepastu, dia macam ngantuk and nak ngempeng la kan. Tapi dia taknak pun hisap, malahan gigit nipple mummy 3kali. 3kali dia gigit, 3kali tu jugak la mummy terjerit kuat sbb sakit. Start daripada tu, terus dia mengaruk taknak hisap tek, mogok sebab kena jerit agaknya. Dia ingat mummy jerit kat dia kottt :( 

Bila bermula episod nursing strikes ni, mummy yg serabut bukannya anak. Serabut dan stress sebab anak dah takmau nyusu dengan kita, nak guna botol. Padahal breast kita available je. Leceh kot nak panaskan susu malam2 dia terbangun 2-3 pagi. Rasa macam di-reject anak sendiri pun ada. Huhu. 



So, start balik kerja on Friday, mulalah aku buat skin to skin balik dengan Razeen, minta maaf banyak2 dengan dia sebab terjerit, pastu pujuk slow2. Waktu malam je berjaya dreamfeed dia. Kalau dia tengah segar memang tidakler nak direct feed. 

Finally, pada hari Ahad yg panas gila, dia nak jugak direct feed. Tapi kena make sure mood dia okay lah. Kalau dah start nangis2 memang tak dapatler. Start malam Ahad tu dia dah okay untuk ngempeng macam biasa. 

Tapi, akibat daripada Razeen menolak direct feed, susu aku yg merosot telah menjadi semakin merosot. Stok dalam fridge pulak memang tak pernah cukup untuk seminggu. Susu yang aku pam pun tak dapat nak tampung demand Razeen. Aku pam sehari dapat 10-12 oz. Demand Razeen 16oz kat taska.  So, nak taknak terpaksa topup jugak dengan susu formula. Sobs. Mummy minta maaf Razeen. Tapi mummy janji, walaupun mummy topup dgn susu formula, mummy tetap akan bagi Razeen ngempeng sampailah Razeen wean off sendiri. Jika diizinkan Allah, insyaAllah. Amiin. 

Riyadh Razeen 9months+

Assalamualaikum.

Berhabuk dah blog ni. Almaklumlah bizi dengan dunia, camtu lah. 

So, Razeen is now 9months ++, makan pun dah macam-macam. Bubur, all the sayur, buah. Razeen macam kurang minat betik dan pisang. Tapi dia suka mangga sejuk. Kalau bubur pulak, setakat ni semua dia bedal. Ada sekali tu aku ter-masukkan banyak brokoli dan lupa nak masukkan ikan bilis. Dia kemain tak suka bubur tu, sampai palingkan muka bila nak suap. Esoknya aku buat bubur yg sama cuma aku tambah ikan bilis nak bagi pahit brokoli tu hilang, baru Razeen okay nak makan. Nyam3! 

Food feeder 
Aku ada belikan jugak food feeder, tapi sekali dua tu je la pakai. Razeen lagi suka nak pegang makanan sendiri dengan comotnya -.-"


Food feeder tu baru sampai parcel, terus basuh and pakai masa tu jugak hahahaha mummy yg excited lebih! 

Olive oil
Setiap kali suap Razeen bubur, mesti akan letak Extra Virgin Olive Oil. Setakat ni yg aku beli brand Naturel tu okay jek. Murah pun murah hihi. So, khasiat letak olive oil ni, selain daripada mambangu melancarkan berak anak, dia juga membantu menambah berat badan bayi. Ha best kan. Bila hantar Razeen ke taska pun aku akan bekalkan Olive oil ni dalam bekas kecik. Alhamdulillah cikgu Razeen pun pandai je handle bubur n olive oil tu. 

Sekian.


Wednesday, 20 January 2016

Riyadh Razeen 6 months

Dah mula merangkak, dah mula memanjat, andddddd


..dah tumbuh gigi! Banyak kali dah sesi digigit oleh little monster ni. Huhu. Tiap kali dia gigit, tiap kali tu mummy jerit. Tiap kali mummy jerit, tiap kali tu jugak dia terkejut terus terkebil-kebil mata pandang mummy. LOL siapa suruh gigit. Comel la tu mata kebil-kebil? 


The transformation of his face <3

Kecik2 dah comel, dah besor makin hensem! Hahaha puji anak sendiri. Sape lagi nak puji kennnnz kalau bukan mummy dia :p