"Alkisah~
Maka tersebutlah kisah~ (taiyibbb)
Sang kancil datang beramai-ramai mengadap yang maha mulia sultan firaun."
"Mana firaun pakai sultan~"
"Ntah~"
Sape terer teka la scene cerita apa kat atas tu. Lulz.
Kisahnya, Jumaat lepas (24/4) aku pergi Kota Kinabalu (KK). Reason utama; nak servis kereta suami. KIA Service Centre takde kat Labuan, paling dekat pun kat Penampor. Maksud aku, Penampang. Haha.
So, after servis kereta on Saturday tu, berjalan-jalanlah kami di 1Borneo (1B). Kenapa tak gi Suria Sabah? Sebab Nando's cuma ada di 1B! Eheheheh mak buyong ngidam, gitulah.
Di kesempatan itu jugak tengok wayang dua cerita terus.
i) Avengers Age of Ultron
ii) Fast & Furious 7.
Nak dijadikan cerita, lagi 5 minit nak habis cerita Avengers tu, boleh pulak satu 1B blackout!!! Aku nyirap gila sbb cerita Marvel ni, ending credit yang kita nak tengok. So kita ada bayangan what'll happen in the next movie. Aihhh, mujur dapat refund. So boleh dikatakan kami tengok movie secara free ah. Eherherher.
Next, lunch. Nando's time!!! Mommy is excitidddddd!
Tapi... Kan blackout. So kami makan dalam gelap dan hanya ditemani cahaya lilin. So romantic candle light lunch LOL!
Next movie, Fast & Furious 7. Knowing that Paul Walker is dead, watching the movie was hard for me. Hard sebab kena tahan air mata. Setiap scene, terutamanya ending scene, sangat sedih. Mommy is crying~
Well, masa tengok wayang tu anak tak berhenti berpusing nendang sana nendang sini. Tak selesa agaknya bunyi kuat benor dalam wayang. Padahal aku dah bagitau awal-awal kat baby yang aku nak tengok wayang.
Tapi alhamdulillah baby ok je. Sampai sekarang masih lagi menendang dengan happynya. Sampai sakit2 perut mommy.
Till then.