Thursday, 23 April 2015

Pengalaman Mengandung : Macam mana boleh tiba-tiba mengandung?

Assalamualaikum.

Sebab awal-awal penubuhan blog ni aku mencadangkan untuk mengabadikan segala memori kat sini kan. Maka terhasillah post cliche yang dah ramai pun orang buat. Tapi, lain orang lain pengalamannya. Ye dak?

So, macam mana aku boleh tahu aku mengandung? BY INSTINCT. Aku tak tahu kenapa, tapi aku boleh rasa masa tu dah 'lekat' orang tua kata. And masa tu aku selalu pening-pening dan tak larat badan bila balik dari kerja. Dan sebelum tu pernah sekali ada spotting kat spender. Aku ingatkan sebab period, tapi petang tu takde pulak darah haid nye. Takpe, aku bersabar je dulu. Aku chillex tunggu je sampai waktu aku sepatutnya period, akan tetapi aku tak period pun. So, itu benda pertama yang menyokong aku punya instinct. So takmo la excited sangat terus nak check kat UPT kan. Aku pun tunggu lagi seminggu. 

Dah seminggu, excited gila beli UPT. Hasilnya, emh, negatif! Aku pasrah je masatu. Tapi aku masih yakin dengan instinct aku. Aku tunggu lagi seminggu. Dan aku masih belum period. Dan aku bersemangat beli lagi satu UPT. Murah punya jer yang RM5. Orang kata kalau nak test UPT, test air kencing yang pepagi subuh yang baru bangun tidur tu. 
So, bangun pagi nak solat Subuh, aku test UPT, bior situ kejap (sebab cuak nak tengok result!) and aku terus pi solat. Berdebor seh nak tau result. Lepas solat, terus pergi check. Hasilnya samar-samar je line kedua tu, aku dah excited gila! Tapi masih belum cukup meyakinkan aku. Aku pi la whatsapp kawan aku yang berpengalaman. And dia kata, test tu positif! 

Alhamdulillah syukur ya Allah. Walaupun aku tak expect seawal ini (sebab tak pi jalan honeymoon lagi, lepas kahwin terus sambung kerja huhu) tapi aku terima bahawa macam mana hebat pun aku merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan Allah tu lebih baik. 

Dan siang tu aku terus pi hospital untuk test lagi sekali, dan buat appointment untuk buat buku pink a.k.a buku mengandung. 



Maka, berdasarkan tarikh last period aku, aku dijangka bersalin pada 23 Jun 2015, insyaAllah. 

Till then.

p/s : kalau anak sulung aku baca post ni di kemudian hari, silalah berbangga akan kejadianmu yang tak dijangka, anakku. HAHAHAHAHA

1 comment: