Wednesday, 22 April 2015

Cinta Tiba-tiba.

Dan kahwin pun tiba-tiba.

Haaa. Siapa sangka, orang yang tak pernah ada kaitan dalam hidup, tiba-tiba jadi suami. Ngko pernah sangka? 

Ceritanya, aku dengan suami adalah rakan sekolah daripada Form1 sampailah Form5. Tapi kami jarang bertegur. Mungkin sebab kami kelas yang berlainan. Dan mungkin juga waktu tu kami berdua bercinta dengan orang lain.

Nak dijadikan cerita lagi, pada Mac 2013, dia contact aku through Skype. Asalnya berborak borak kosong je.

Borak.

Borak.

Berak.

Video call di Skype. Membawak pergi berborak kat LINE. Guna stickers cecomel ada lep lep.

Padahal waktu tu zon masa kami berbeza 8jam. Aku di London, dia di Johor. Aku baru balik kelas waktu petang, dia dah nak subuh. Dia punya penangan sampai aku rasa macam ada something yang tak kena kalau satu hari tak borak dengan dia. 

Dari situ berputiklah rindu. Acecehhh. Balik saja Malaysia for good on June 2013, kami declare. Tup tup pada 25 Dec 2013, kami mengikat tali pertunangan. Hiks. Gatai betei tak menyabor nak tunang. Setelah berbincang kedua belah keluarga bersetuju untuk mengadakan majlis pernikahan pada 30 Ogos 2014. 
Amboi tak sampai setahun tunang, terus kahwin. Tapi bagus jugak. Sebab aku kalau boleh taknak tunang. Nak nikah terus. (Nampak tak gelojoh? Lulz)

Akhirnya, pada 30 Ogos 2014, selamat sudah aku bergelar isteri kepada encik suami. Hikhik. Alhamdulillah :D



Nampak tak semua yang berlaku dalam hidup aku adalah tiba-tiba? 

Tiba-tiba suka dan bercinta.

Tiba-tiba tunang.

Tiba-tiba dah kahwin.

And sekarang ni tiba-tiba dah mengandung hampir 8 bulan.

HAHAHAHAHAHHAHAHA tiba-tiba sangat nih!

Till then.


No comments:

Post a Comment