Saturday, 20 June 2015

Pengalaman Mengandung : 37 - 38 minggu

Assalamualaikum.

Sebenarnya post ni dah delay, tapi tetap jugak nak update kan. Sebab dah berjanji dengan diri sendiri untuk update di entri sebelumnya. Tapi pemalasnya ya rabbiiiiii.

Ok, HB. alhamdulillah berkat usaha memakan ferrous 2 biji pagi dan 2 biji malam, pil kalsium di tengahari, maka atas izin Allah SWT alhamdulillah HB aku naik mencanak 12.8. hihihi.Balik dari checkup terus makan durian puff dengan KFC beserta Mirinda Strawberry nyam nyam!

Maka, dengan adanya suami di rumah, aku berharap sangat aku dapat bersalin sebelum beliau terbang semula ke Labuan untuk kembali bekerja. Tapi, aku hanya merancang, dan Allah jua merancang. Ditakdirkan masa beliau nak balik tu, aku masih belum ada tanda apa-apa lagi nak bersalin. Menangis beria masa salam suami. Tak ikut hantar pi airport pun, takut airport tu banjir sampai masuk berita pulak kang. HAHAHA. Yelah, mengenangkan suami takde disisi masa meneran, sedih woi. Dah la dia yang buat perut kita kembung, dia pulak takde masa kita bersalin, Aku dengan suami siap dah attend kelas "Teman Kamar Bersalin" seh kat Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat tu. Kekonon dengan yakinnya laa yang akan bersalin during that time. LOL hampa jak.

Condition Mommy & Baby
Alhamdulillah mommy sihat, baby pun sihat. Masa before week38 tu, ada buat scan kat Klinik Min, BP. Baby dah 3.2 kg, and tetibe bila tengok kat air ketuban tu, ada macam keladak tak sikit tak banyak. Dan doktor terus buat surat refer ke hospital. Aku pun excited lah mana la tau kot2 boleh bersalin terus ke, induce ke apa ke aku tak kisah sebab aku memang nakkkkk sangat bersalin masa suami tengah cuti kan. Tapi, bila sampai HSNI, doc tak ambik kisah sangat pun pasal air ketuban tu, yang dia ambik kisah pasal baby aku lambat daripada biasa untuk cukup 10 gerakan. Yang aku perasan, kalau aku banyak gila berjalan dan buat aktiviti pada hari tu, mesti dah nak pukul 9 malam baru baby cukup gerak. Biasanya, dalam pukul 6-7ptg dah cukup dah.

Ibu aku tak puas hati sebab HSNI tak ambik kisah sangat pasal air ketuban. Terus disuruhnya aku pergi Hospital Pantai. Bila check kat sana dengan Dr Leow (lelaki), doc tu cakap takde pape. maybe itu cuma vernix baby. Haaaa, vernix tu apa, klik kat situ. dan tiba-tiba doc cakap berat baby 2.9kg pulak. Tak kisahlah mana-mana pun, yang penting berat baby di paras selamat dan sihat insyaAllah.

Next, Dr Leow offer untuk buat vaginal swab. Untuk mengesan kehadiran any bacterias so it wont affect and infect the baby during labor process nanti. So, dia suruh aku bukak seluar, kangkang. SEGAN WEHH. Yelah, first time nak ngangkang depan lelaki lain selain suami kan. huhu. Dia pun masukkan sejenis putik kapas panjang macam dalam cerita CSI tuuu, and done. In 5 working days, boleh collect result.

So, i guess itu sahaja dulu untuk minggu 37-38.

till then.


No comments:

Post a Comment