(4th Ramadhan)
Alhamdulillah. Baby dalam kandungan dah berusia 39 minggu 5 hari. Selasa ni (23 Jun) genap lah 40 minggu a.k.a my EDD. Tak tahulah bila si kecik ni nak keluar dari perut. Sedap sangat mommy asyik makan durian agaknya. Hahaha.
Result Vaginal Swab @ Hospital Pantai Batu Pahat
Sebelum cerita checkup kt KKIA, aku cerita dulu benda tak best ni. So, appointment scheduled should be on Tuesday (39w), tapi the day before tu Dr Leow dah call bagitahu yang result dah keluar. And the result was positive. Means ada bacteria la di situ hewhew. So dia suruh dtg buat rawatan susulan. But aku tak datang hari isnin tu, aku datang esoknya pada tarikh appointment, iaitu Selasa. So, Streptococcus Agalactiae (Group B) atau bahasa simplenye, GBS. Bukan Geng Bas Sekolah ye. Alah, doc bagi antibiotik suruh makan jer. Yg aku baca sampai kena masukkan antibiotik kat bawah nun, takut aku. Nasib baik tak kena gitu.
Aku mintak satu salinan result tu memandangkan aku plan nak bersalin kat HSNI kan. Then aku terus pergi ke KKIA walaupun appointment checkup lama lagi hahaha. Nak dapatkan pandangan nurse and doc je sebenornya hehehe.
Checkup 39minggu.
So, asalnya appointment pada harini (Ahad 21/6) tapi masa aku pergi Selasa lepas, aku saja tanya kat nurse tu, boleh tak if cepatkan tarikh nak jumpa doc. Alhamdulillah langkah kanan aku haritu, ada patient lain cancel appointment and aku replace tempat dia yahoo! Terus ambik air kencing yada yada semua, then jumpa doc. Dah dua kali jumpa, dua2 kali tu jugak doc pakai baju and tudung yang sama hiks. Dengan aku-aku sekali pakai baju yang sama. Maklumlah, mengandung ni malas nak banyak sangat baju mengandung. Nanti dah bersalin, tak pakai lagi dah kan. Entah berapa tahun lagi la nak ngandung balik semula. (Harapnya dapatlah jarakkan masa. Sebab mama kata keturunan beliau ni subur2 belaka. Macam aku ler wkwkwk)
So, bila jumpa doc, aku cerita la semua benda dari scan sampailah ke GBS. Doc cakap mende tu normal utk pregnant woman. Even wanita yang tak pregnant pun ada jer, cuma tak buat pemeriksaan je so that's why they don't know.
Pastu doc check perut semua, air ketuban ok. AND, baby dah engaged 3/5. Means kepala dah takleh gerak2 or terapung lagi dah. Dia dah masuk laluan, cuma belum kebawah lebih dalam lagi lah. Gambar bawah ni menunjukkan dengan lebih jelas:
So, balik jumpa doc tu aku terus pi Aeon Big, kekonon nak banyakkan berjalan aa. Excited sebab dah engaged pun satu hal jugak. Tapi....haritu je la aku berjalan. Bila dah balik rumah, aku dah malas nak keluar rumah. Hahahahaah. Takde geng nak keluor menjadikan aku malas nak drive and keluor dari rumah. Harapkan checkup je baru gigih drive pi KK. Kuikui.
Esok (Isnin 22 Jun) ada last checkup. Kalau tak bersalin gak on EDD Selasa 23 Jun tu, doc bagi ekstra 6hari. Dan kalau tak bersalin jugak, dipersilakanlah serah diri ke hospital. Heh.
By the way, selamat berpuasa and ramadhan kareem everyone!
Psst, harini dah terbuka puasa awal sebab notice baby kurang gerak. Bila dah buka, emh kemain lagi nendangnya. Baby ni, bagila chance mommy nak puasa sementara awak belum nak keluar ni. Hehehe
Till then!
No comments:
Post a Comment