Thursday, 25 June 2015

Pengalaman Mengandung : Overdue 40 Minggu 2 Hari + Mild Contraction



Assalamualaikum.

Tengok title je tau. Aku dah lebih 2 hari. Sepatutnya due 23/6. Tapi harini dah 25hb. Baby masih belum mau keluar. Sedap agaknya duduk dalam perut mommy ya sayang? :) 

Rabu 24 Jun 2015
Bangun pagi aku dah start rasa sakit perut mencucuk2 gila. Like, every 2-4 minutes sakit mencucuk tu datang. Tiba-tiba sakit nak berak tu datang. Aku dah cuak. Nak terberanak ke ni. Aku pergi la jamban, kot la sebenarnya sakit perut nak membuang. 

RUPANYA BETUL MEMANG NAK MEMBUANG! hahahaha hampes betei. Hancur harapan aku nak beranak. Kahkahkah. So dalam 4 kali jugak la aku buang air besor sepanjang hari tu. Dan setiap kali baj buang air besor, setiap kali tu jugak perut mencucuk. 

Malam tu masa bergayut ngan suami, datang lagi sakit perut mencucuk memulas. Aku ingat keracunan makanan sebab siang tadi dah asyik berak-berak je kan. Sakit gila! Ngadu kat suami, suami asyik la suruh ke hospital. Ofkoslah orang tu risau kan, dia dah la jauh nun di Labuan, kita nun disini di Batu Pahat. Sayannnnng suami hiks :* 
Emh sakit tu datang satu kali tu je. Dah tido nyenyak pulak sampai ke subuh. 

Khamis 25 Jun 2015
Lepas subuh, aku sambung tidur. Saaaampailah pukul 8 pagi tu adik aku bagitau dia nak pi pasor tani dengan makcik. Aku iyekan je lah. Tapi tapi tapi! Start daripada tu, aku dah tak lena tidur. Sebab asyik la rasa cramp perut macam nak period. Sengal manja je perutnya tapi tak lena tidur gak lah. Sambil sengal tu datang, masa tu jugaklah perut aku mengeras. Bila dah berlaku dalam 2-3 kali, aku dah rasa ada something fishy. So aku start timing every time sakit cramp tu datang. Dannnn...


Dan sammmmpailah nak dekat pukul 11, masih lagi dalam duration 7-8 minit. Aku dah cuak, sebab perut ni mengeras dah regular pulak timing dia. Aku printscreen and whatsapp kat ibu yg tengah bekerja kat Maybank Parit Raja. Ibu aku terus call, tanya pasal ada rasa nak berak ke apa. Aku cakap la takde. Cuma cramp jek. Tup2 dia cakap "kejap lagi ibu balik." Ah sudah, ni kalau false alarm dah nyusahkan ibu pulak. Aku terus ajak ayah aku pi klinik. Annnd klinik terus suruh pergi hospital. Dia tak berani nak ambik kes aku. And i was like, whattt. Hahaha. 

Maka, bergegaslah aku ke hospital. Aku malas nak gi hospital sebab mesti prosedur lama nanti. And, memang lama pun. Huh. Masa ni aku still catat masa perut mengeras tu, still regular 7-8 minit sekali. Aku terus whatsapp mama suami semua, mintak2 maaf. Kot2 dah ada bukaan ke apa, kang kena tahan pulak. Lol berangan. 

So, aku pergi emergency and cerita semua benda. Dia check2 sikit and terus sorong pi Labor Room naik wheelchair uols! Padahal aku boleh je jalan lagi, tapi dia suruh duduk jugak kat wheelchair. Prosedur katanya. Aku iyekan je lah.

Sampai kat wad bersalin, check kencing macam biasa, check BP semua. Pastu tunggu la melanguk kat situ. Then, ada doc pelatih cina datang, tanya macam2 kat aku. Then panggil doc pelatih perempuan untuk check bukaan. Segan la wehhhh walaupun dengan doc perempuan jugak. Tapi redho je lah, teruja nak tau berapa cm dah bukak. Aku try rilek, tak la sakit sangat tapi merengek jugak la sikit. Lol. So doc tu cakap, baru 1cm bukak and hujung jari je boleh masuk. Dinding rahim pun tebal lagi and kepala baby pun jauh lagi walaupun dah engaged. Hmmm. Masa dia nak report semula kat doc pelatih lelaki cina tu, dia macam tak sure. Zup, MO yang on call datang. Kena seluk lagi sekali. Hmmm maluuuu sebab MO tu lelaki! Aku redho kan je lah sebab konfem la dah banyak vagina yang beliau dah tengok kan, so dia tak heran dah. Dan beliau pun cakap benda sama. 

Tanpa buat mende alah check heartbeat baby, check kadar contraction tu semua, diorang suruh aku balik. Sebab rumah dekat, dan contraction pun baru 1 in 10 minutes. Nak suruh duduk wad pun, dia masih belum boleh induce. So, daripada kebosanan duk kat wad, baiklah aku duduk rumah boleh makan macam2 dan berpoya-poya kannn. 

So, baliklah aku setelah berjam-jam di klinik. Dan sampai sekarang aku tulis post ni, contraction masih mild dan lambat sikit la daripada pagi tadi. But masih regular. 

Harap dapatlah bersalin sebelum kena induce. Nak rasa bersalin natural. 

Aminn.

Till then.

No comments:

Post a Comment