Assalamualaikum.
Sebenarnya post ni dah delay, tapi tetap jugak nak update kan. Sebab dah berjanji dengan diri sendiri untuk update di entri sebelumnya. Tapi pemalasnya ya rabbiiiiii.
Ok, HB. alhamdulillah berkat usaha memakan ferrous 2 biji pagi dan 2 biji malam, pil kalsium di tengahari, maka atas izin Allah SWT alhamdulillah HB aku naik mencanak 12.8. hihihi.Balik dari checkup terus makan durian puff dengan KFC beserta Mirinda Strawberry nyam nyam!
Maka, dengan adanya suami di rumah, aku berharap sangat aku dapat bersalin sebelum beliau terbang semula ke Labuan untuk kembali bekerja. Tapi, aku hanya merancang, dan Allah jua merancang. Ditakdirkan masa beliau nak balik tu, aku masih belum ada tanda apa-apa lagi nak bersalin. Menangis beria masa salam suami. Tak ikut hantar pi airport pun, takut airport tu banjir sampai masuk berita pulak kang. HAHAHA. Yelah, mengenangkan suami takde disisi masa meneran, sedih woi. Dah la dia yang buat perut kita kembung, dia pulak takde masa kita bersalin, Aku dengan suami siap dah attend kelas "Teman Kamar Bersalin" seh kat Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat tu. Kekonon dengan yakinnya laa yang akan bersalin during that time. LOL hampa jak.
Condition Mommy & Baby
Alhamdulillah mommy sihat, baby pun sihat. Masa before week38 tu, ada buat scan kat Klinik Min, BP. Baby dah 3.2 kg, and tetibe bila tengok kat air ketuban tu, ada macam keladak tak sikit tak banyak. Dan doktor terus buat surat refer ke hospital. Aku pun excited lah mana la tau kot2 boleh bersalin terus ke, induce ke apa ke aku tak kisah sebab aku memang nakkkkk sangat bersalin masa suami tengah cuti kan. Tapi, bila sampai HSNI, doc tak ambik kisah sangat pun pasal air ketuban tu, yang dia ambik kisah pasal baby aku lambat daripada biasa untuk cukup 10 gerakan. Yang aku perasan, kalau aku banyak gila berjalan dan buat aktiviti pada hari tu, mesti dah nak pukul 9 malam baru baby cukup gerak. Biasanya, dalam pukul 6-7ptg dah cukup dah.
Ibu aku tak puas hati sebab HSNI tak ambik kisah sangat pasal air ketuban. Terus disuruhnya aku pergi Hospital Pantai. Bila check kat sana dengan Dr Leow (lelaki), doc tu cakap takde pape. maybe itu cuma vernix baby. Haaaa, vernix tu apa, klik kat situ. dan tiba-tiba doc cakap berat baby 2.9kg pulak. Tak kisahlah mana-mana pun, yang penting berat baby di paras selamat dan sihat insyaAllah.
Next, Dr Leow offer untuk buat vaginal swab. Untuk mengesan kehadiran any bacterias so it wont affect and infect the baby during labor process nanti. So, dia suruh aku bukak seluar, kangkang. SEGAN WEHH. Yelah, first time nak ngangkang depan lelaki lain selain suami kan. huhu. Dia pun masukkan sejenis putik kapas panjang macam dalam cerita CSI tuuu, and done. In 5 working days, boleh collect result.
So, i guess itu sahaja dulu untuk minggu 37-38.
till then.
Saturday, 20 June 2015
Tuesday, 26 May 2015
Pengalaman Mengandung : Trimester Ketiga
Assalamualaikum.
Hari ni sebenarnya aku dah genap 36 minggu. Atau secara bulannya, 9 bulan lah kan.
Ada lagi 28 hari untuk jadi genap 40 minggu. Tapi aku harap, aku dapat bersalin pada minggu 37 atau minggu ke-38. Sebabnya, kesian kat suami nanti kena beli tiket flight lagi untuk balik kampung. Alang-alang cuti sekolah ni dia balik kampung, why not bersalin pada waktu tu kan? Hari-hari aku cakap kat baby, "baby boleh keluar bila-bila masa je masa abah dah balik nanti, ok?" Hihihi.
Tapi, aku hanya merancang, dan Allah juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik.
So, pengalaman third trimester ek?
Start minggu ke-32, aku dah rasa sengkak perut kalau makan banyak macam biasa. Bila sendawa tu mesti macam ada nak terkeluar sikit muntah. Euww hahaha. So mula dari minggu ni, aku dah mula makan sikit, tapi kerap. Maknanya, bekalan makanan untuk aku kunyah-mengunyah tak pernah putus di dapor. roti lah, buah-buahan lah, nestum lah. Macam-macam.
Dan start minggu ni jugak, aku mula tak senang tidur. Sakit gila pinggang, sakit gila belakang. Dan SAKIT GILA tulang kelengkang/pelvic bone/tah hape bende namanya tapi kat situ lah, terutamanya bila nak ubah posisi tidur dari mengiring ke telentang. Dah terlentang, tak cukup napas pulak. Bila mengiring semula, baby tendang laju-laju macam tak selesa. Aku pun confuse sebenarnya nak baring camane. Katanya, yang sakit-sakit masa nak ubah posisi tidur tu adalah sebab baby dah mula cari position kat bawah nun. Dan tulang pelvis tu pun mengembang, sebab tu rasa sakit. hewhew.
Tapi yang aku pelik sikit, 2 3 hari kebelang ni, macam dah kurang rasa sakit kat kelengkang tu. Dia macam datang dan pergi. Ada masa sakit, ada masa tak sakit. Aih, entahlah. Jangan kepala baby naik balik dah ler. Aku kan nak anak ni keluor awal. hihihi. (Awal awal pun make sure dah cukup bulan kayh).
Dan start third trimester ni jugaklah HB aku start menurun. Sobs :( Start dari 10.8, pastu check lagi jadi 9.0. Aku dah sedih bercampur cuak beb, Nurse tu kata bimbang komplikasi masa bersalin jek. Boleh jadi tumpah darah kalau HB rendah ni huhuhu.
Dan, baru aku tahu yang takleh minum milo! or anything bercoklat! sebab dalam coklat tu pun ada kafein! huaaaaaa aku hari-hari minum milo kot campur dalam susu aku. Sedih gila.
So, nurse suruh aku makan ubat ferrous yang kaler coklat tu, 2 biji pagi, 2 biji malam. Hah kau, hasilnya, taik hitam gila HAHAHA. Mujur aku rajin minum air masak and makan buah-buahan. So proses pembuangan alhamdulillah berjalan lancar setakat ini.
Bermula daripada tu (minggu ke-35, HB aku 10.5), aku berazam untuk try 2 weeks without caffeine, sampailah checkup masa minggu ke-37 nanti. Aku nak tengok hasilnya camne. Kalau ok, boleh lah aku melantak makan coklat sikit. Sekadar nak hilangkan kempunan jek. Gila kau, coklat tu macam salah satu anugerah Tuhan yang tersedap di dunia kot. Mana boleh aku membazir nikmatnya begitu sahaja. Hiks.
so, kita tunggu update minggu ke 37 nanti k? Ala next week je ponnnnn.
Till then.
(Apps: Baby Bump)

Wednesday, 13 May 2015
Saiz Perut Ketika Mengandung
Assalamualaikum.
Topik yang kadangkalanya kontroversi dalam hati seorang ibu mengandung. Tak faham juga kekadang orang selamba je tanya macam takda common sense.
"Dah 8 bulan ke ni? Keciknya perut!"
Engko ingat si ibu tu tak terasa ke dengan ayat-ayat sebegitu. Iyelah, cubalah kalau si ibu tu baru pertama kali mengandung. Ataupun si ibu pernah ada pengalaman kandungan sebelum tu perut kecil dan doc cakap ada komplikasi. Tak ke statement gitu dah buat si ibu susah hati?
Bukanlah nak rasa sakit hati ke apa, tapi lebih kepada risau dan bimbang. Adakah normal kecik sebegitu? Adakah tidak?
Kadang-kadang, saiz perut ni disebabkan fizikal orang tu jugak. Dah orang tu jenis kurus kecik, ko nak expect perut dia besar macam ngandung kembar 9 ke camne?
Aku pernah jugaklah terkena masa kandungan 5 bulan dulu. Even sampai sekarang pun. Mostly cakap perut kecik.
Tapi..kessah pulak aku? Aku tak kisah tentang saiz perut sebab doc cakap baby aku sihat dan berat baby pun normal mengikut minggu. So, takde apa pun yang perlu aku risaukan.
Barisan perut comelku;
See? 30weeks pun alahai ciputnya. Tapi aku okay jek sebab bila scan masa 7 bulan (28weeks) tu, berat baby adalah normal mengikut berat yang sepatutnya; 1.242 kg.
So, mommies-to-be out there yang sangat risaukan akan saiz perut anda, as long as doc kata baby sihat, maka bersyukurlah dan hentikan kerisauan anda.
Alhamdulillah.
Till then.
Friday, 8 May 2015
Pengalaman Mengandung : First + Second Trimester
Assalamualaikum.
Pengalaman mengandung? Sebelum bercerita panjang lebar (kalau rajin menaip), aku nak bagitahu yang setiap ibu mengandung, pengalamannya lain-lain. Even ibu yang ngandungkan anak kedua tak sama pengalaman macam ngandungkan anak pertama.
So, here we go.
Trimester Pertama
Masa aku confirm positif, aku dah 5 minggu. Dan buat buku masa kandungan 6 minggu. Dan perjalanan yang memabukkan bermula selepas tu.
Minggu 7,8,9 sampailah 12, setiap pagi subuh bila gosok gigi confirm akan muntah. Walaupun muntah air/angin jek. Dan aku tak boleh kena sejuk masa tu. minum ais memang dah tak boleh langsung. Masuk kereta pasang aircond pun aku dah mula sesak nafas, dan lepas tu akan batuk tak berhenti. Walaupun aku makan ubat batuk, ia tak membantu langsung! Huhu. Sedih disitu. Bila rujuk kt doctor, dia siap suruh buat batuk diary, kira macam setiap kali batuk aku kena rekodkan masa dan apa penyebabnya. Ala2 athma diary la. Sebab dia kata ada je possibility ini athma yg dapat masa ngandung jek.
Makan pun takde selera sangat. Ikutkan selera je nak makan apa. Selalu yg berselera bubur je lah. Bubur mcd, marrybrown, or masak sendiri.
Yang peliknya, bila aku masak aku tak kisah sangat bau tumis tu. Tapi bila lalu kat kedai makan, bau-bauan makanan tu ya hampunnn memang aku akan tutup hidung. Busuk oi. Campur pening sekali.
Perut? Masa ni perut leper je. Tak nampak pape pun. Masih boleh sarung seluar jeans faveret kayh.
Ini masa scan 12minggu. Punya excited sampai terkejut2 tengok baby nendang. Yang paling excited ofkoslah suami. Aku macam nak nangis terharu je masa tu. yelah, perut kempis je tapi ada nyawa Allah dah tiupkan dalam tu. huhu.
So mabuk2 ni berlarutan saaaaampailah aku masuk minggu ke-16. Masa ni dah trimester kedua.
Trimester Kedua
Masuk minggu ke-16 je alhamdulillah dah menghilang perjalanan yg memabukkan ittew. Aku dah boleh makan apa-apa saja sesuka hati aku jyeahhh!! But still, asal lambat makan je kompem rasa mual tu datang. Mencik!
Minggu ke-18: aku dah mula rasa macam angin-angin dalam perut. Memula aku ingatkan rasa angin tu sebab sakit perut nak berak or kentut gitu jek. Bila aku google sana sini, oooo rupanya gitulah awal2 rasa pergerakan baby. Hikhik. Sukewww!
Minggu ke-21: pergerakan baby semakin jelas terasa. Dam macam alien inside pun ada. LOL. Perasaan gembira tu tak dapat digambarkan dengan kata2. Masa ni perut tak nampak sangat. Nampak macam membuncit sebab kenyang jek. Hahaha.
Minggu ke-24: masa ni aku jenjalan kat Kuching dengan keluarga mertua. Nak dijadikan cerita, aku terjatuh dalam bilik air. Nasib baik jatuh tu dalam keadaan slow motion gak ah, so aku sempat tahan dengan tangan sebelum bontot menghempas lantai. Ya ampun masa ni punya cuak, tak terkata! Suami masa tu lepak bilik mertua jap. So aku rilek je bajet gagah tak nangis pun. Sekali suami masuk bilik je, terus berderai air mata aku hahahahah. Sambil dia urut2kan kaki, sambil tu la aku menangis. Huhu. Mujur tak jadi pape pendarahan ke apa masa tu. syukur ya Allah.
Minggu ke-27&28: semuanya berjalan lancar je. Aku makan dengan gembira sampai naik berkilo2. Paling hebat berat naik masa balik kampung kandungan masa tu 5 bulan. Hambik ko makan tak hengat, 6kg naik dalam seminggu. Mujur nurse tak bising. Hikhik.
Sampai sini dulu lah.
Till then.
Wednesday, 6 May 2015
Pengalaman Mengandung : Buka Buku Pink
Pink ke merah? Pink la kottt.
Assalamualaikum.
Kisahnya, lepas dapat tahu aku positif pregnant, minggu depannya baru aku pergi buat buku mengandung yang warna pink tu haa. Aku ingat tarikhnya 31/10/14 sebab masa tu birthday suami. Hiks.
So macam biasalah, pergi klinik desa, tunggu turn nurse panggil, ambil timbang berat semua. Then baru start sesi tulis-menulis di buku.
Oh ye, jangan lupa untuk bawak:
- gambar passport suami & isteri
- salinan sijil nikah (masa ni belum dapat sijil yg ori, so guna yg temporari dulu)
-salinan ic suami & isteri.
Jadi, berat aku masa bukak buku : 46.5kg. HB pun ok, 11.8.
Nurse tanya jugak jika kita ada family history mak/ayah yg kencing manis darah tinggi etc. Ini penting ye, utk mengelakkan risiko kita didatangi penyakit kencing manis ketika mengandung.
AKAN TETAPI, kalau umur engko dah 25 dan ke atas, engko tetap kena minum air gula hokeh! *flips shawl*
So, inilah dia buku yg dah siap bertulis:
Rilek je aku tengok nurse tu layan kerenah aku yang banyak tanya sambil menulis-nulis kat buku pink tu. Dah la kena tulis untuk dua buku. Kalau aku, aku dah lengoh dah tangan sebab nak kena tulis benda sama dua kali. Lulz.
Ok pendek je entri sebab --> MALAS. Kang dah datang mood rajin aku singgah lah sini kejap.
Hahaha.
Till then.
Subscribe to:
Posts (Atom)